Wednesday, 25 February 2015
Kenali Penulis
Assalamualaikum w.b.t,
WAN MOHD FARHAN BIN WAN NAWAWI dilahirkan di Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ), Batu Buruk pada 25 Julai 1990. Beliau mendapat pendidikan awal di luar tanah kelahirannya iaitu di Gombak, Selangor kerana mengikuti ibubapanya yang bekerja di Kuala Lumpur. Beliau menuntut di sekolah rendah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak (SKTSG) dari tahun 1997-2002. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest (SMK Hillcrest) pada tahun 2002-2007. Seterusnya, pada tahun 2007-2008, beliau menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dan pada tahun 2009-2012 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kini, beliau sedang menuntut dalam peringkat Sarjana di universiti dan bidang yang sama dari tahun 2013-2015.
Beliau sangat aktif bersukan dalam sukan berbasikal dan larian yang mana beliau tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Sukan Malaysia. Gaya aktif beliau semasa masih belajar lagi, amat menguji beliau dalam pengurusan masa yang efektif dan berkesan agar pembelajaran serta gaya hidup aktif tidak menjejaskan prestasi beliau. Beliau juga aktif menghadiri seminar-seminar pembangunan diri serta majlis ilmu di kawasan berhampiran beliau.
Pada masa sama, beliau juga amat meminati dunia penulisan serta blogging ini kerana kuasa penulisan ini mampu mengubah dunia sepertimana tulisan wahyu di dalam Al-Quran yang diturunkan pada semua umat manusia. Beliau juga mempunyai hati yang luas dalam membantu semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan umur bagi merealisasikan impian mereka. Kini, beliau sedang aktif dalam dunia perniagaan yang diceburi olehnya.
Akhir kata, beliau masih berstatuskan bujang semasa menulis blog ini. Hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment