Monday, 2 March 2015

Kisah Sahabat Yang Buncit




Assalamualaikum w.b.t, 

        Pada suatu hari, seperti biasa sebelum pasukan tentera berangkat ke medan perang, Rasulullah saw akan merapikan barisannya. 

         Sedang baginda membariskan dan merapikan barisan, tiba2 Rasulullah menemukan seorang sahabat yg agak terkeluar sedikit dari barisan. Lalu baginda pun memukul perut sahabat itu. Ternyata rupa2nya sahabat itu berperut buncit. Jadi disebabkan oleh perutnya yg buncit itu, dia kelihatan terkeluar dari barisan yg mana akhirnya dilihat oleh Rasulullah saw sebagai tidak meluruskan barisan. 

         Lalu sahabat itu memandang Rasulullah saw dengan pandangan yg penuh kasih sayang dan berkata: “Ya Rasulullah, engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, tapi kenapa kau sakiti perutku?” . Lalu Rasulullah saw dengan segera turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Wahai sahabatku, pukullah aku! sebagai qisas atas kesalahanku.”  Kemudian sahabat itu pun berkata lagi: “Tapi ya Rasulullah, engkau memukul aku terus mengenai kulit perutku.” Lantas, Rasulullah pun segera membuka pakaiannya bagi memudahkan sahabat itu memukulnya dan melunaskan qisas itu tadi. 

         Namun, tiba-tiba sahabat itu terus memeluk baginda dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Kenapa dengan engkau?”. Sahabat itu pun menjawab dengan hati yg sebak dan penuh haru, “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, boleh jadi mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaan aku denganmu. Aku ingin sebelum aku meninggal dunia, aku sempat mencium perutmu yang mulia.”

Bagaimana Saya Jatuh Cinta Dengan Herbalife..???



Assalamualaikum w.b.t,

HERBALIFE...???

Hmm, satu nama yang ingin sangat-sangat saya menjauhkan diri dengannya. Bagi saya, produk-produk yang ada di pasaran itu semua tipu belaka. Dan saya memang SANGAT SKEPTIKAL dengan produk-produk ini. Persoalannya, kenapa saya begitu tidak percaya dengan produk-produk ini. Adakah disebabkan saya terdengar kesan buruknya pada diri..??? Atau dengar-dengar cakap orang sahaja..??? Semuanya bukan. Saya menjauhkan diri dari produk-produk ini hanya kerana saya memang tidak berminat dengan produk-produk ini. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana saya takut ditipu oleh peniaga online. Wallahualam.

Perkenalan saya dengan dunia Herbalife ini ada ceritanya tersendiri. Ramai orang yang masuk Herbalife ini kerana insiden yang berlaku di dalam hidupnya. Ada yang masuk Herbalife kerana ingin membayar pinjaman PTPTN, ada yang masuk untuk bersama-sama dengan orang positif, ada yang masuk disebabkan mereka gagal dalam kehidupan, dan ada yang masuk disebabkan ingin sentiasa bertenaga 24 jam. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Dan kalau kamu bertanya kepada mereka bagaimana mereka masuk, kamu akan temui banyak jawapannya. Cuma, perkara ini adalah hal yang subjektif. Orang sukar nampak berbanding dengan PENURUNAN BERAT BADAN.

Sebab itu, ramai orang diluar sana menganggap Herbalife ini sebagai UBAT KURUS. Tambahan pula, ramai Independent Distributor Herbalife acap kali post tentang testimoni turun berat badan ini. Ini juga mungkin kerana bilangan mereka yang obesiti di Malaysia ini sangat membimbangkan dan semakin hari bilangan ini semakin bertambah.

Ramai yang menganggap boroi adalah sihat. Malah jika ada isteri atau suami yang ingin menurunkan berat badan, pasangannya berkata, "Usahlah turunkan berat abg/syg. Nanti abg/syg dpt perhatian dari orang ramai. Saya ini jenis yang cemburu sikit". Sebenarnya, perasankah kita akan kata-kata itu.?? Atau hanya bertindak secara emosi tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya.??

Rasulullah saw sendiri juga pernah memarahi sahabatnya yang mempunyai perut kehadapan ini untuk undur ke barisan belakang tentera semasa menghadapi peperangan. Malahan ada beberapa larangan di dalam Islam untuk mempunyai perut buncit ini. Antaranya mengelakkan diri dari sifat malas, menjauhi penyakit dan sentiasa nampak gerun pada mata musuh apabila kita semua mempunyai tubuh badan yang bidang dan sasa.

Berbalik pada kes di Malaysia ini, trend hari ini kita dapat lihat, gaya hidup setiap individu semakin hari semakin berkembang maju tetapi pemakanan mereka masih sama dan kadar bersenam masih jauh ketinggalan. Mungkin kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan di pejabat sehingga tiada masa untuk melakukan senaman. Ada orang terpaksa bekerja 14 jam dan ke atas bagi menyara keluarganya. Kalau kita lihat pada keratan akhbar ini, kita dapat lihat betapa tenatnya Malaysia kini. Hospital-hospital tumbuh bagaikan cendawan. Tenaga-tenaga pakar dari hospitaliti pula adalah sangat terhad dan mahal. Jika hal ini tidak dikawal sebaiknya, negara pasti akan mengalami masalah dalam melahirkan modal insan yang sihat bagi mempromosikan negara ke seluruh dunia. Malah produktiviti kerja makin lemah dan berkurang.



Saya juga tidak ketinggalan dari mempunyai masalah ini. Dulu semasa saya tidak diberi pendedahan akan makanan sihat ini, rutin saya setiap hari adalah makan makanan manis, minum air bekarbonat, makanan ringan malah jarang bersenam. Hasil dari tabiat pemakanan yang negatif dan lifestyle yang negatif ini, akhirnya pada umur saya 12 tahun, saya mengidap sakit perut yang luar biasa. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan ingin tercabut nyawa ketika itu. Tetapi saya masih belum dijodohkan dengan produk ini lagi. Jadi, pada tanggapan saya, itu mungkin sakit perut biasa. Saya ke klinik, kata mereka masuk angin sahaja. Kemudian balik dari klinik, saya ulangi semula tabiat pemakanan itu. Sehingga genap 10 tahun, saya rasa makin terseksa dengan sakit ini dan bercadang untuk membuat PERUBAHAN SECARA SERIUS.

Pada umur saya 22 tahun, saya dihantar ke Hospital Selayang untuk didiagnosis oleh doktor pakar. Hampir sejam, doktor pakar tidak dapat mengenalpasti penyakit saya sehingga saya rasa tersangat down ketika itu sehinggalah muncul doktor senior disitu merawat saya. Hanya 3 soalan diajukan, doktor senior itu terus membuat kesimpulan bahawa mungkin saya menghidap penyakit IBS. Dan katanya lagi, jika tidak dirawat segera, saya mungkin akan masuk ke KANSER USUS TAHAP 1.

Waktu saya dengar perkataan kanser itu, saya terus lemah semangat. Adakah masih ada HARAPAN untuk saya bergembira seperti remaja-remaja lain di luar sana. Saya buntu. Kemudian, saya bertanya pada doktor itu, masih ada peluangkah untuk saya sihat..?? Kata doktor itu, "Kamu ada peluang itu tetapi kamu kena berdisiplin habis-habis dalam memerangi IBS ini. Kamu perlu lakukan 3 PERKARA ini dengan SERIUS..iaitu pertama, kamu kena BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN, kedua, kamu kena banyakkan BERSENAM, dan ketiga kamu kena banyakkan MENGAWAL STRESS.."

Bila saya dengar 3 syarat itu, saya rasa sekali lagi bagai kena hempap dengan gunung kerana pada saat itu saya di tahun akhir pengajian Ijazah saya. Kehidupan di tahun akhir ini memang sangat mencabar saya dengan thesisnya, esaimen yang penuh sehingga saya mengabaikan ketiga-tiga hal penting ini. Dan kerana itu saya mempunyai simptom-simptom untuk ke kanser usus. Jika kamu ingin tahu mengenai IBS, kamu boleh search di Google. Mostly pesakit IBS ini memang akan mengalami gangguan sakit perut yang kronik. Macam saya, biasa masa minima di dalam tandas ialah 2 jam. Belum maksima lagi. Saya juga cenderung digelar kaki ponteng walaupun rumah dekat dengan sekolah. Kata mereka, saya sengaja membuat alasan sedangkan saya bertarung dengan nyawa saya sendiri saat itu. Saya juga merahsiakah hal ini dari keluarga saya kerana saya tidakmahu mereka merasa susah hati. Bagi saya, biarlah saya tanggung penderitaan ini dan saya tak nak berkongsi dengan orang lain. Saya tidak mahu kerana saya, semua down. Jadi, saya hanya pendamkan perasaan saya seorang diri. Dan selalu membuat senyuman palsu untuk tutup derita saya.

Berbalik semula pada kisah tadi, saya pulang dari hospital dengan harapan yang tipis untuk hidup gembira seperti orang lain. Dan setibanya saya di rumah, saya melihat ada sepupu saya datang ke rumah dan mempromosikan produk Herbalife ini. Pada minda saya, Herbalife ini adalah UBAT KURUS. Jadi, saya langsung tidak berminat dan masuk ke dalam bilik. Sejam kemudian, bila saya keluar dari bilik dan melewati ruang tamu, saya lihat sepupu saya masih berada di situ.

Saya tertarik untuk bertanya kepada dia satu soalan memandangkan sebelum ini saya kenal dia seorang pendiam, tetapi hari ini dia terlalu bising. Mungkin ada sesuatu yang hebat pada produk Herbalife ini sehingga boleh ubah sepupu saya jadi banyak cakap ni. Hahaha. Jadi, saya pun tanya pada dia, "Herbalife ini boleh kasi hilangkan sakit perut x??"..Kemudian, katanya, "Herbalife bukanlah ubat kurus tetapi ia MAKANAN SIHAT. Secara logik, kalau makanan sihat masuk dalam tubuh, insyaallah tubuh akan beri kesan positif."

Selepas saya dengar tu, saya terus memberanikan diri untuk cuba minum Shake Herbalife itu. Dan disini BERMULANYA KEAJAIBAN dalam hidup saya. Pertama kali dalam hidup saya, saya minum satu produk yang SANGAT LAZAT DAN BERTENAGA. Saya dapat rasakan aliran tenaga yang mengalir dalam tubuh saya dalam masa 5 saat sahaja. SANGAT PANTASSS!!!!

Kemudian, keesokan hari, bila saya bangun tidur, saya dapati perut saya sudah tidak meragam. Waktu tu saya da mula rasa happy sebab sebelum ni SETIAP HARI pasti saya sakit perut. Tetapi tidak hari ini. Saya jadi tidak sabar untuk melihat hari esok. Dan setibanya hari esoknya, perut saya tidak meragam lagi sehingga la genap seminggu, perut saya tidak meragam langsung. Dari situ, saya ambil keputusan untuk AMBIL PRODUK ini MASUK DALAM KEHIDUPAN SAYA.. Saya begitu teruja. Tetapi selepas seminggu, saya mula rasa sakit semula. Tapi kata saya, mana mungkin 10 tahun derita, dengan satu minuman terus sihat.

Jadi, saya mula ambil secara KONSISTEN setiap hari dan pada masa sama belajar makan sayur serta buah-buahan. Alhamdulillah, kini sudah hampir 3 tahun, saya konsume Herbalife ini. Banyak KESAN POSITIF yang saya dapat dalam hidup ini. Hari ini juga saya SEMAKIN AKTIF BERSUKAN. Rekod terbaik sekarang ialah berlari 10 KM 3 kali seminggu dan berbasikal 120 KM sekali seminggu. Akan datang, saya ingin belajar berenang kerana cita-cita saya ingin menyertai Sukan Trialathon pada tahun 2017 nanti.

Dan part PALING BEST sekali ialah, PERUT SAYA DA TAK MACAM DULU LAGI. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, dimanakah rasa derita dahulu...memang ajaib..LUAR BIASAA!!!

Kini, saya sedang bergiat aktif dalam menyebarkan NUTRISI SIHAT ini kepada seluruh orang di Malaysia ini melalui facebook-facebook saya. Memang ada ramai yang TIDAK PERCAYA dan WAS-WAS dengan produk ini. Bagi saya, itu bukanlah tugas saya untuk mereka mencuba produk ini, kerana hati ini Allah yang pegang. Bukan saya. Tugas saya hanya berkongsi sahaja kepada dunia tentang ISTIMEWANYA produk ini. Kini, saya semakin YAKIN dengan produk ini mampu beri saya KEPUASAN MAKSIMA!!!

Dibawah ini saya nak tunjukkan pencapaian-pencapaian saya sepanjang saya konsume produk ini. Hehe. Alhamdulillah. Kini hidup saya berubah 360 degree. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Herbalife ^__^












Dan bagi sesiapa yang sedang mencari SOLUSI TURUN BERAT dengan SIMPLE, FUN AND MAGICAL ini, jum Sertai kami di Ganu Fit Camp yang bakal dilancarkan pada 5 Mac 2015 ini. Jika anda ingin sertai, BOOK TEMPAT SEGERA..!!! Yuran serendah RM 70 sahaja tetapi kamu akan mendapat:

1. Workout 3 kali seminggu bersama coach. Selasa, khamis dan jumaat.setiap ptg di TAMAN BUKIT BESAR, KUALA TERENGGANU.
2.Meal plan makanan disediakan minggu perminggu
3. Analisa badan setiap minggu
4. Dapat post recovery meal setiap jumaat.( aloe,tea dan shake)
4. Bersukan beramai ramai.Fit dance, TABATA WORKOUT,JOGING DAN PLAY FUN GAME.
Hanya sebulan dan kita akan cari pemenang
#⃣TOP WEIGHT LOSS
#⃣TOP FAT LOAS
#⃣TOP GAIN MUSCLE
#⃣TOP REFERRAL.
Tujuan CAMP ini dibuat utk menggalakkan anda turun berat lebih serius dan FAT TO FIT / FIT TO FITTEST.
Saper berminat boleh whatsapp saya terus di 0176243453 utk saya ceritakan rule n regulation lebih lanjut dan anda berpeluang memenangi hadiah misteri.

Jumpa anda DI SANAAAAA...!!!!!!!

Yeahhh..!!!!!!!!!


Sini pula ditujukan video klip saya sepanjang bersama nutrisi hebat Herbalife. Banyak kisah suka duka untuk sampai ke tahap ini seperti kemalangan berulang kali. Mungkin Allah ingin hadiahkan saya kereta sport LAMBORGHINI AVENTADOR. Hehehe. Sebab itu IMPIAN saya.



Tapi apa yang penting bagi saya, bukan destinasinya tetapi ialah pengalaman sepanjang perjalanan itu yang menjadi pilihan saya. Mungkin masih belum cukup sempurna untuk menjadi yang terbaik, tetapi saya cuba untuk terus maju ke hadapan dan seterusnya mencapai kejayaan yang LUAR BIASAAAA.....SAYA YAKIN...Hanya masa yang akan menentukan segala-galanya...

Walau saya banyak kecundang dalam menghabiskan misi, yang pasti semakin hari saya semakin maju ke hadapan selangkah demi selangkah. 

 Perfection is JUST temporary but Progression is FOREVER.

                                   

Wednesday, 25 February 2015

Kenali Penulis




Assalamualaikum w.b.t,

WAN MOHD FARHAN BIN WAN NAWAWI dilahirkan di Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ), Batu Buruk pada 25 Julai 1990. Beliau mendapat pendidikan awal di luar tanah kelahirannya iaitu di Gombak, Selangor kerana mengikuti ibubapanya yang bekerja di Kuala Lumpur. Beliau menuntut di sekolah rendah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak (SKTSG) dari tahun 1997-2002. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest (SMK Hillcrest) pada tahun 2002-2007. Seterusnya, pada tahun 2007-2008, beliau menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dan pada tahun 2009-2012 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kini, beliau sedang menuntut dalam peringkat Sarjana di universiti dan bidang yang sama dari tahun 2013-2015.

Beliau sangat aktif bersukan dalam sukan berbasikal dan larian yang mana beliau tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Sukan Malaysia. Gaya aktif beliau semasa masih belajar lagi, amat menguji beliau dalam pengurusan masa yang efektif dan berkesan agar pembelajaran serta gaya hidup aktif tidak menjejaskan prestasi beliau. Beliau juga aktif menghadiri seminar-seminar pembangunan diri serta majlis ilmu di kawasan berhampiran beliau. 

Pada masa sama, beliau juga amat meminati dunia penulisan serta blogging ini kerana kuasa penulisan ini mampu mengubah dunia sepertimana tulisan wahyu di dalam Al-Quran yang diturunkan pada semua umat manusia. Beliau juga mempunyai hati yang luas dalam membantu semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan umur bagi merealisasikan impian mereka. Kini, beliau sedang aktif dalam dunia perniagaan yang diceburi olehnya.

Akhir kata, beliau masih berstatuskan bujang semasa menulis blog ini. Hehe.